JENAMA PRODUK KELUARAN CAP MENARA

JENAMA PRODUK KELUARAN CAP MENARA
PENGARAH URUSAN GHAZALI BIN ABDULLAH 017-9005009/012-7905009 kijangputeh.blogspot.com/ kijangputeh@gmail.com

Friday, December 4, 2009

Percutian di Hong Kong



Terpilih menghadiri lawatan percutian bersama-sama dengan usahawan Gerakan Berdekari Rakyat Kelantan

Watikah Perlantikan Dari Dato Menteri Besar Kelantan


Menerima perlantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir puteh (Ahli Mesyuarat)
mewakili NGO (Bekas Tentera)Bermula tahun 1990 hingga 2010.Juga bertanggong
jawab segala tugas-tugas ADUN Limbongan Pasir Puteh Kelantan.

Tugasan di Pejabat Tadbir 10 RAMD

Tugasan Di Pej Kuartermaster Kem Seberang Takir Terengganu

Sejarah Lama Berulang Kembali-Siulan Kisah Silam

Wednesday, December 2, 2009

Label Plastik Keropok Cap Menara

PENGENALAN

1. Kijang Puteh Food Industries, diwujudkan untuk menjadi sebuah organisasi IKS yang berdaya maju dalam perusahaan pemprosesan makanan berasaskan pertanianperikanan dan dapat memberi penglibatan sama oleh penduduk setempat dalam perusahaaan tersebut disamping dapat membuka peluang perkerjaan kepada penduduk sekitar dan berhasreat menjadi pemangkin fungsi pasaran kepada IKS Desa Jajahan, Syarikat ini akan berterusan mengadakan seminar, Motivisi dan perjumpaan dikalangan Penguasaha dan membantu Armalah Gerakniaga Berdikari, ini merupakan satu tuntutan agama fardu Kifayah.

2. Syarikat Kijang Puteh Food Industries, ditubuhkan pada 31 Ogos 2006 dan membina bangunan Konkrit berukuran 45’x140’ persegi terbahagi kepada 3 ruang iaitu Bahagian Pembuatan Kerepok Segera, Bahagian bilik sejuk dan setor serta bahagian pembungkusan, satu bangunan lain dibina berukuran 20’x45’ iaitu bahagian pemprosesan kerepok Sira Berbijan di atas sebidang tanah seluas 2 ekar di Lot 573, jalan IKS Taman Sri Aman Pasir Puteh Kelantan. Oleh individu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam teknik pengurusan dalam bidang pemprosesan makanan segera . Daripada gabungan pelbagai kepakaran maka dapatlah menghasilkan imej organasani yang dirancangkan ini.

3. Skop IKS perusahan kerja yang dilakukan oleh Syarikat ini adalah kerja-kerja perusahaan pemprosesan makanan Ringan seperti Keropok Segera, Keropok Segera Sira Berbijan, Keropok Keping, Keropok Berempah, Keropok Udang, Kerepok Ubi Keledek, dengan kapasiti tenaga kerja seramai 35 orang.

4. Syarikat ini juga telah menggembeling tenaga memajukan Projek Agrotani diatas sebidang tanah seluas 4 ekar dengan tanaman kekal pokok Nangka Madu dan Pokok kelapa madu dan selingan pokok-pokok pisang baka terpilih sebagai peneduh di kawasan tanah tersebut yang dahulunya gersang dan terbiar.

5. Didalam kawasan tanah tersebut juga syarikat telah memelihara Kambing Biri-biri yangmana rumput rampai dapat dimanafatkan bagi makanannya.. Syarikat juga memelihara ikan keli dalam Kanves.

Tuesday, December 1, 2009

Expo di Hong Kong


Bersama isteri semasa menghadiri expo yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kelantan, mewakili satu produk satu jajahan

Keluargaku Syurgaku


Potret kenangan Ahli Keluarga. Dikalangan mereka-mereka inilah
pada suatu masa nanti bakal menerajui dan meneruskan
kesinabongan bidang keusahawan ini dan menghadapi dunia globalisasi.
Lambang Prodak Cap Menara adalah sembolik keteguhan dan ketinggian
cita-cita menghadapi alaf keusahawanan - Tangan dihulur memberi
apa yang terdaya dan menerima apa-apa tegoran/kritikan yang membena
dengan berlapang dada. Nama Syarikat Kijang Puteh Food Industries,
mengambil nama makhluk kejadian Allah yang amat cergas,dilurah
ia turuni dan gunong ianya mendaki, Kijang Puteh juga adalah lambang
warisan kesultanan melayu Kelantan zaman Cik Siti Wan Kembang yang
menjadi kemegahan dan Idola Wanita Kelantan dalam menerajui bidang Keusahawanan/perniagaan.

REUNION 10 Melayu Di Negeri Perak


Kenangan, Semasa menghadiri satu majlis kenduri kahwin. Alangkah sedih
dan pilunya dikelbu apabila berjumpa dengan kawan-kawan lama yang
berpisah hampir puluhan tahun dipertemukan kembali dengan kekuasaan
Allah Subahanahuwataalla. Kenangan pahit manis semasa dalam perkhidmatan
membayangi dalam benak senubari setiap yang hadir walaupun merendak
beratus-ratus Km tidak dihiraukan asalkan jejak yang hilang dapat
dipertemukan kembali ini ekoran jejak Reunion di Terendak Kem Melaka.
Jutaan ucapkan kepada insan yang terlibat mengelola urusan ini, juga
tidak ketingggalan kepada Keluarga Kadirq di Perwaja Gurun melayani
saya dan keluarga dengan tiada nilainya.