JENAMA PRODUK KELUARAN CAP MENARA

JENAMA PRODUK KELUARAN CAP MENARA
PENGARAH URUSAN GHAZALI BIN ABDULLAH 017-9005009/012-7905009 kijangputeh.blogspot.com/ kijangputeh@gmail.com

Wednesday, December 2, 2009

Label Plastik Keropok Cap Menara

PENGENALAN

1. Kijang Puteh Food Industries, diwujudkan untuk menjadi sebuah organisasi IKS yang berdaya maju dalam perusahaan pemprosesan makanan berasaskan pertanianperikanan dan dapat memberi penglibatan sama oleh penduduk setempat dalam perusahaaan tersebut disamping dapat membuka peluang perkerjaan kepada penduduk sekitar dan berhasreat menjadi pemangkin fungsi pasaran kepada IKS Desa Jajahan, Syarikat ini akan berterusan mengadakan seminar, Motivisi dan perjumpaan dikalangan Penguasaha dan membantu Armalah Gerakniaga Berdikari, ini merupakan satu tuntutan agama fardu Kifayah.

2. Syarikat Kijang Puteh Food Industries, ditubuhkan pada 31 Ogos 2006 dan membina bangunan Konkrit berukuran 45’x140’ persegi terbahagi kepada 3 ruang iaitu Bahagian Pembuatan Kerepok Segera, Bahagian bilik sejuk dan setor serta bahagian pembungkusan, satu bangunan lain dibina berukuran 20’x45’ iaitu bahagian pemprosesan kerepok Sira Berbijan di atas sebidang tanah seluas 2 ekar di Lot 573, jalan IKS Taman Sri Aman Pasir Puteh Kelantan. Oleh individu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam teknik pengurusan dalam bidang pemprosesan makanan segera . Daripada gabungan pelbagai kepakaran maka dapatlah menghasilkan imej organasani yang dirancangkan ini.

3. Skop IKS perusahan kerja yang dilakukan oleh Syarikat ini adalah kerja-kerja perusahaan pemprosesan makanan Ringan seperti Keropok Segera, Keropok Segera Sira Berbijan, Keropok Keping, Keropok Berempah, Keropok Udang, Kerepok Ubi Keledek, dengan kapasiti tenaga kerja seramai 35 orang.

4. Syarikat ini juga telah menggembeling tenaga memajukan Projek Agrotani diatas sebidang tanah seluas 4 ekar dengan tanaman kekal pokok Nangka Madu dan Pokok kelapa madu dan selingan pokok-pokok pisang baka terpilih sebagai peneduh di kawasan tanah tersebut yang dahulunya gersang dan terbiar.

5. Didalam kawasan tanah tersebut juga syarikat telah memelihara Kambing Biri-biri yangmana rumput rampai dapat dimanafatkan bagi makanannya.. Syarikat juga memelihara ikan keli dalam Kanves.

1 comment:

  1. .....aku kagum dgn usaha gigih sehingga kini berjaya dan di doakan terus maju.

    ReplyDelete